Menu

Rabu, 1 Ogos 2018

Musim durian puas makan tahun ni
Bro Ahmad

Musim durian puas makan tahun ni

Salam semua,

Musim durian ni, puas Bro makan buah ni sampai kepanasan bila waktu malam menjelma tak boleh tidur rasa dia.. Sedap punya pasal Bro balun makan durian dah tak kira berapa bijik ntah.. malam pasang kipas gear lima macam dah tak rasa je, dah tu berkeringat berpeluh dah ni,  beli air cap badak nak sejukkan badan dah berapa botol entah.. Ni rasa nak demam pulak dah.. Blog dah tak update, durian hari hari makan update, dah macam macam jenis durian yang Bro bedal, yang masak dan yang mengkal sampai yang lembik sedang buat tempoyak pon Bro bantai.. Bila fikir balik macam terlebih pula Bro makan buah durian ni. Bila nak stop ada pula peniaga lelong durian sampai bawa 3 tan.  Woi tolong la berhenti dugaan durian tahun ni.

Durian ni isinya Power Wooo >

Buah durian
Musim durian puas makan tahun ni

Kenapa Bro ketegori gila buah durian, tak tau la..  Sejak kecik arwah ayah kalau beli buah durian berbakol bakul.. Tak Main la beli buah durian sebiji dua.. Tu dulu masa kecik buah durian murah.. Bukan larat nak makan durian sampai berbakul bakul ni, lebih banyak buat tempoyak, simpan tempoyak sampai berbalang balang.. Siapa hantu makan tempoyak geng la dengan Bro, tempoyak ratah gitu je makan ngan nasi, kalau tempoyak baru masih sedap lagi,  kurang masam.. Kalau yang dah lama tu boleh masak buat gulai tempoyak pula.. Dah melalut cerita tempoyak dah..  Ni cerita durian kat atas ni jumpa bawah pokok durian.. Rumah makcik Bro ada pokok durian banyak.. Yang ni Bro dapat, makan berdua dengan adik habis sebiji, hebat tak Bro...

Bro dah demam..  Serik..  Berhenti jap makan durian..  Dah nak baik nanti kita sambung makan Durian yea... Hmm

Tag : Makan
Continue reading →

Selasa, 24 Julai 2018

Segmen bloglist Aug & Sept by : zzzyy.blogspot.com
Bro Ahmad

Segmen bloglist Aug & Sept by : zzzyy.blogspot.com

Segmen bloglist Aug & Sept by : zzzyy.blogspot.com

zzzyy.blogspot.com
Join jadi senarai bloglist
Pencarian bloglist tuk August & September 2018 di :

zzzyy.blogspot.com bermula 21 july dan berakhir
31 july.

Syarat2 dia sangat simple je :

1.  Follow blog - zzzyy.blogspot.com
2.  Buat entry bertajuk Segmen bloglist Aug & Sept by : zzzyy.blogspot.com
3.  Tinggalkan link kat ruang komen. Semua penyertaan akan tersenarai dalam bloglist blog ini dan harapannya semoga blog ini turut tersenarai dalam bloglist kawan2 semua juga yea.

* Nak jadi bloglist blog ini - Ikut blog Bro Ahmad pula di -  bujangmasak.blogspot.com

Tag : Segmen
Continue reading →

Isnin, 23 Julai 2018

Mee Maggi Big Kari Lebih Banyak Isinya
Bro Ahmad

Mee Maggi Big Kari Lebih Banyak Isinya

Mee Maggi Big Kari ni lebih banyak Isinya! lebih Kenyang, Kalau nak banding yang biasa tu lebih kurang sepeket setengah, ia tak sampai la berdua peket, sebab Bro pernah masak yang maggi kari biasa 2 bungkus sekali makan, Kenyang gila gila la woi.. Dengan ini maggi big kari sedang molek la perut Bro.. Tak la kenyang sangat dan tak lapar la sangat.. Sekadar cukup sahaja,  Kalau maggi kari pek biasa tu, ape la sangat" makan pun tak puas rasa, sikit banggettt isinya, sangat kedekuuttt. Entri pertama dah Maggi, entri yang kedua pon maggi lagi.

Nampak la sangat yang Bro ni tak pandai nak masak. Tapi hajat nak buat blog masakan hohoho.. tapi tau masak Maggi jek!!! SABar dong..  Pemanas badan je ni" lepas ni Bro nak buat dan hasilkan menu yang mantap perlu juga asas yang kukuh dulu, orang kata la.. "Bukan Bro kata" Mula dari bawah dulu.. Pelan pelan kayuh. Lagipun dah ada 12 rempah cili sebenar dan dimasak sampai pecah minyak, bukan pecah kuali haha.. Ayat copypaste kehkehkeh. Tengok gambar pada peket maggi lengkap, ada daging ayam, telur rebus, tauhu goreng, Cili besar, sayur ape tu.. Kailan agaknya..  Bro malu nak uplode gambar resepi Bro masak maggi Big kari cuma perlu campur air panas jek.. Entah hape hape la resepi ni. Moh la layan, nape dalam pek maggi ni tak letak ayam, telur, sayur sekali?... apekes

Maggi BIG Kari Cara Bro Paling Malas
Yang pertama kena tau asas nak masak maggi ni. Boleh baca entri yang bertajuk - Masak Maggi Kari Cara Bujang Style Yang Paling Ringkas.

Bro Masak maggi guna bekas hijau - feeling lain macam

Maggi Kari
++ Rendaman maggi big kari
Rendaman perlu waktu hanya 2 minit, lama sangat nanti air jadi kering dan maggi jadi kembang sangat, selepas itu boleh la nak letak perencah, dan terus boleh makan.. NO simpan simpan dan makan sampai habis.

Sumber : wikipedia

Cara Penyediaan Mee Maggi Big Kari

Cara penyediaan dah diajar kat peket belakang pek maggi Big kari ni, kenapa perkataan "BIG" diambil, kan lebih elok bagi cadangan nama maggi giant, atau maggi kingkong.. Ape apelah yea.. Yang penting perot Bro Kenyang buncit dan hanya perlu 2 cawan air je!  Masa diambil 2 minit dengan hanya 450ml air. Kacang je ni buat, budak kecik pon pandai masak camni. Dah masak 2 minit boleh tabur perencah pastu makan la apa lagi.

Maggi Kari
++ Rendaman sesuai Maggi Big

Kalau nak sangat hidangan yang seimbang boleh la campur sayur segar, sumber protein contoh macam ayam, telur, tauhu dan macam macam lagi. Bro pernah masak maggi kari letak ketam besar, nak besar lagi letak ketam nipah LA haha ambik kau, lebih banyak ketam dari maggi, kuah kari dirasai dengan kemanisan isi banyak ketam tak dapat LA ni Nak dibayangkan rasa kesedapanya.. Boleh korek isi ketam sambil hirup kuah kari Maggi, nak rare lagi buat la maggi belangkas,  Tau ke idok belangkas tu ape? Search Google.

Dah boleh makan maggi big kari, yummy


++ Dah boleh makan maggi dah macam ni

Masak Maggi bodo piang ni hanya guna Air panas, selamat menjamu Selera semua yea.. ehh lupa la yea.. ni dah hujung bulan kan.. oo patutla.

Tag : Masak Mee
Continue reading →

Sabtu, 21 Julai 2018

Masak Maggi Kari Cara Bujang Style Yang Paling Ringkas
Bro Ahmad

Masak Maggi Kari Cara Bujang Style Yang Paling Ringkas

Masak Maggi Kari Cara Bujang Style Yang Paling Ringkas - Masak "maggi kari" ni ada kesenian dia, walaupun anda cheff bertaraf dunia sekalipun tidak dapat menandingi orang bujang masak maggi, Bro cerita bukan Mamee Chef punya produk yea.. ia tiada kaitan dalam cerita Bro ni.. Sukatan air sangat memberi peranan pada kuasa kesedapan mee maggi kari, kurang air menyebabkan maggi kari tadi kemasinan ketahap lori garam terbalik, faham tak? Masin gila gila punya nak bunuh orang ke hape LOL.. Boleh darah tinggi naik dan boleh juga mendatangkan kemarahan bro.. Terlebih sukatan air lain pula halnya.. Maggi kari tadi jadi kurang power la pula, macam masak kuah bening.. Lu ingat ini kuah bening ke? kurang ump rasa dia.. Jadi apa sukatan air terbaik bila nak masak maggi kari yang power dan ump cara bujang style yang paling ringkas dan yang penting paling tersedap didunia dan terjimat tahap maksima bagi orang yang tak berduit dihujung bulan kan. Semiskin miskin Bro hujung bulan ni belum dapat gaji lagi, maggi kari masih mampu beli tau.


Mee Maggi Kari Telur Adik Bujang Bro Masak


Maggi kari senang mudah ringkas sedap
++ Maggi Kari Adik masak
Gambar sekadar hiasan, ni bukan masak sepeket, adik Bro masak 4 peket, Bro kerok kerok kat kuali  dia hehe.. Masak maggi paling simple dan ohsem bujang style, mula mula cari bekas macam "tapperware" tak ada jenama tu, boleh je guna jenama lain yea.. Ia tidak menggugat rasa maggi kari tadi tu, jangan risau.. Mula mula sekali kena basuh dulu bekas yang ingin digunakan, mana tau sebelum ni jadi bekas cicak yang buat tarian panama dance sampai bertelur, tak pun lipas yang buat projek dalam tu, nauzubillah!.
Dah ada bekas yang bersih, yang kedua kena beli mee maggi kari, tips nak beli yang pertama.. Mesti ada duit, MESTI. ada kenderaan sendiri,YES. kalau dekat depan rumah je.. kena jalan kaki tau, KALAU malas juga nak keluar rumah.. suruh rakan bujang anda yang beli.. Tapi kena la cukai maggi kari korang tu hehe. Tips Jimat beli maggi, beli secara borong atau bundle.. Hang gila ke Bro, beli maggi kari sampai sekotak.. Nak Mati Ke?.
Dah ada maggi mesti nak ada air paip, kalau korang kaya boleh guna air mineral la sedap sikit.. Acara Penting - Air paip tadi letak dalam cerek lalu masak hingga tahap didih. Masak air pandai tak?, itu pun nak kena ajar juga ke? - Masak air cara bujang terbaik hahaha.. tak ada entri tu, lain kali nak post hehe. Bila dah ada air yang mendidih tu, korang buka paket maggi kari tadi dan didalamnya ada mee dan juga perencah.. kalau ada mee sahaja, perencah takde! hahaha pandai pandai korang la nak hidup huhu.. Mee tadi letak dalam bekas, pastikan bekas tapperware tadi ada penutupnya.. OK fungsi penutup tadi untuk menahan haba panas air mendidih tadi keluar beramai ramai keudara. Dengan langkah penjimatan wap udara panas tadi boleh memasak maggi kari yang tertutup kedap dengan lebih sedap dan lazat. Ada dua cara berlainan masak maggi cara rendaman air panas ni, dari segi rasa dan koneksi keduanya mempunyai rasa yang sangat berlainan. Ikuti tutorial cara masak maggi cara rendaman 2 cara berbeza berlainan mazhab.
1 - Letak mee maggi tambah air panas, tunggu 2 minit baru letak perencah
2 - Letak mee maggi tambah perencah baru letak air panas, tunggu 2 minit
Antara kedua cara itu menjadi pendebatan terhebat pengemar maggi, bagi Bro suka letak perenceh kemudian.. sebabnya.. perencah tu ada rasa pior lagi khabak hang.
Resepi Maggi Kari Ohsem Cara Orang Bujang Style Terlajak Sedap
Resipi yang sangat mudah disediakan ini menjadi viral di Facebook dan mendapat ribuan perkongsian di Facebook. Kalau anda sudah biasa masak Maggi hanya meletakkan air panas dan serbuk perasanya sahaja, mungkin anda boleh cuba cara ini untuk tambah kesedapan dan kelainan sedikit.


Dibawah ada sumber dari facebook, cara masak maggi cara simple dan mudah :
Jom baca resipi untuk menghasilkan maggi kari paling sedap di dunia yang dikongsikan oleh jejaka bernama Wan Luqman ini.

RESEPI MEGI KARI

Kunci kesedapan megi kari adalah kaw-nya kuah dan cantiknya mee dia.
Cara yang digunakan untuk hasil seperti ini ialah :
- Tumis bawang kecil dan cili padi dengan hanya sesudu minyak sahaja sehingga sedikit sahaja garing. Kemudian masukkan air.
- Untuk sukatan air mudah sahaja. Anda hanya perlu sukat menggunakan bungkusan plastik megi itu sendiri.
- mee megi itu harus dipatahkan empat bahagian / ketul kemudian masukkan ke dalam air yang sedang dididihkan.
- kemudian terus masukkan serbuk perencah, dan kacau terus. Biarkan dalam seminit sehingga air mula menggelegak dan terus masukkan sebiji telur.
- kemuncak penyudahan memasak megi ini ialah apabila air telah mendidih, segera tutup api dan sedia dihidangkan (jumlah masa penyediaan ialah 2minit). Kita taknak masak megi tu dengan air mendidih...kelak mee akan kembang semangkuk.

Sekian.

Ya, ini hanyalah resepi untuk megi...megi kari..serious sikit bunyinya.
Sumber dari Facebook Wan Luqman
Mee maggi senang dimasak sedap dimakan, hanya perlu butuh waktu 2 menit semangkuk mee maggi kari dapat dihasilkan, apalagi jom orang bujang semua makan.. psst orang yang dah kahwin bukan tak boleh makan sama, resepi orang bujang untuk semua, universal haha. terima kasih, jom masak maggi kari cara bujang style yang paling ringkas, nak sedap lagi boleh campur macam macam bahan seperti udang, sotong, ketam, sayuran dan lain lain.

Tag : Masak Mee
Continue reading →