Menu

Rabu, 1 Ogos 2018

Musim durian puas makan tahun ni
Unknown

Musim durian puas makan tahun ni

Salam semua,

Musim durian ni, puas Bro makan buah ni sampai kepanasan bila waktu malam menjelma tak boleh tidur rasa dia.. Sedap punya pasal Bro balun makan durian dah tak kira berapa bijik ntah.. malam pasang kipas gear lima macam dah tak rasa je, dah tu berkeringat berpeluh dah ni,  beli air cap badak nak sejukkan badan dah berapa botol entah.. Ni rasa nak demam pulak dah.. Blog dah tak update, durian hari hari makan update, dah macam macam jenis durian yang Bro bedal, yang masak dan yang mengkal sampai yang lembik sedang buat tempoyak pon Bro bantai.. Bila fikir balik macam terlebih pula Bro makan buah durian ni. Bila nak stop ada pula peniaga lelong durian sampai bawa 3 tan.  Woi tolong la berhenti dugaan durian tahun ni.

Durian ni isinya Power Wooo >

Buah durian
Musim durian puas makan tahun ni

Kenapa Bro ketegori gila buah durian, tak tau la..  Sejak kecik arwah ayah kalau beli buah durian berbakol bakul.. Tak Main la beli buah durian sebiji dua.. Tu dulu masa kecik buah durian murah.. Bukan larat nak makan durian sampai berbakul bakul ni, lebih banyak buat tempoyak, simpan tempoyak sampai berbalang balang.. Siapa hantu makan tempoyak geng la dengan Bro, tempoyak ratah gitu je makan ngan nasi, kalau tempoyak baru masih sedap lagi,  kurang masam.. Kalau yang dah lama tu boleh masak buat gulai tempoyak pula.. Dah melalut cerita tempoyak dah..  Ni cerita durian kat atas ni jumpa bawah pokok durian.. Rumah makcik Bro ada pokok durian banyak.. Yang ni Bro dapat, makan berdua dengan adik habis sebiji, hebat tak Bro...

Bro dah demam..  Serik..  Berhenti jap makan durian..  Dah nak baik nanti kita sambung makan Durian yea... Hmm

Tag : Makan
Continue reading →