Menu

Sabtu, 21 Julai 2018

Masak Maggi Kari Cara Bujang Style Yang Paling Ringkas

Masak Maggi Kari Cara Bujang Style Yang Paling Ringkas - Masak "maggi kari" ni ada kesenian dia, walaupun anda cheff bertaraf dunia sekalipun tidak dapat menandingi orang bujang masak maggi, Bro cerita bukan Mamee Chef punya produk yea.. ia tiada kaitan dalam cerita Bro ni.. Sukatan air sangat memberi peranan pada kuasa kesedapan mee maggi kari, kurang air menyebabkan maggi kari tadi kemasinan ketahap lori garam terbalik, faham tak? Masin gila gila punya nak bunuh orang ke hape LOL.. Boleh darah tinggi naik dan boleh juga mendatangkan kemarahan bro.. Terlebih sukatan air lain pula halnya.. Maggi kari tadi jadi kurang power la pula, macam masak kuah bening.. Lu ingat ini kuah bening ke? kurang ump rasa dia.. Jadi apa sukatan air terbaik bila nak masak maggi kari yang power dan ump cara bujang style yang paling ringkas dan yang penting paling tersedap didunia dan terjimat tahap maksima bagi orang yang tak berduit dihujung bulan kan. Semiskin miskin Bro hujung bulan ni belum dapat gaji lagi, maggi kari masih mampu beli tau.


Mee Maggi Kari Telur Adik Bujang Bro Masak


Maggi kari senang mudah ringkas sedap
++ Maggi Kari Adik masak
Gambar sekadar hiasan, ni bukan masak sepeket, adik Bro masak 4 peket, Bro kerok kerok kat kuali  dia hehe.. Masak maggi paling simple dan ohsem bujang style, mula mula cari bekas macam "tapperware" tak ada jenama tu, boleh je guna jenama lain yea.. Ia tidak menggugat rasa maggi kari tadi tu, jangan risau.. Mula mula sekali kena basuh dulu bekas yang ingin digunakan, mana tau sebelum ni jadi bekas cicak yang buat tarian panama dance sampai bertelur, tak pun lipas yang buat projek dalam tu, nauzubillah!.
Dah ada bekas yang bersih, yang kedua kena beli mee maggi kari, tips nak beli yang pertama.. Mesti ada duit, MESTI. ada kenderaan sendiri,YES. kalau dekat depan rumah je.. kena jalan kaki tau, KALAU malas juga nak keluar rumah.. suruh rakan bujang anda yang beli.. Tapi kena la cukai maggi kari korang tu hehe. Tips Jimat beli maggi, beli secara borong atau bundle.. Hang gila ke Bro, beli maggi kari sampai sekotak.. Nak Mati Ke?.
Dah ada maggi mesti nak ada air paip, kalau korang kaya boleh guna air mineral la sedap sikit.. Acara Penting - Air paip tadi letak dalam cerek lalu masak hingga tahap didih. Masak air pandai tak?, itu pun nak kena ajar juga ke? - Masak air cara bujang terbaik hahaha.. tak ada entri tu, lain kali nak post hehe. Bila dah ada air yang mendidih tu, korang buka paket maggi kari tadi dan didalamnya ada mee dan juga perencah.. kalau ada mee sahaja, perencah takde! hahaha pandai pandai korang la nak hidup huhu.. Mee tadi letak dalam bekas, pastikan bekas tapperware tadi ada penutupnya.. OK fungsi penutup tadi untuk menahan haba panas air mendidih tadi keluar beramai ramai keudara. Dengan langkah penjimatan wap udara panas tadi boleh memasak maggi kari yang tertutup kedap dengan lebih sedap dan lazat. Ada dua cara berlainan masak maggi cara rendaman air panas ni, dari segi rasa dan koneksi keduanya mempunyai rasa yang sangat berlainan. Ikuti tutorial cara masak maggi cara rendaman 2 cara berbeza berlainan mazhab.
1 - Letak mee maggi tambah air panas, tunggu 2 minit baru letak perencah
2 - Letak mee maggi tambah perencah baru letak air panas, tunggu 2 minit
Antara kedua cara itu menjadi pendebatan terhebat pengemar maggi, bagi Bro suka letak perenceh kemudian.. sebabnya.. perencah tu ada rasa pior lagi khabak hang.
Resepi Maggi Kari Ohsem Cara Orang Bujang Style Terlajak Sedap
Resipi yang sangat mudah disediakan ini menjadi viral di Facebook dan mendapat ribuan perkongsian di Facebook. Kalau anda sudah biasa masak Maggi hanya meletakkan air panas dan serbuk perasanya sahaja, mungkin anda boleh cuba cara ini untuk tambah kesedapan dan kelainan sedikit.


Dibawah ada sumber dari facebook, cara masak maggi cara simple dan mudah :
Jom baca resipi untuk menghasilkan maggi kari paling sedap di dunia yang dikongsikan oleh jejaka bernama Wan Luqman ini.

RESEPI MEGI KARI

Kunci kesedapan megi kari adalah kaw-nya kuah dan cantiknya mee dia.
Cara yang digunakan untuk hasil seperti ini ialah :
- Tumis bawang kecil dan cili padi dengan hanya sesudu minyak sahaja sehingga sedikit sahaja garing. Kemudian masukkan air.
- Untuk sukatan air mudah sahaja. Anda hanya perlu sukat menggunakan bungkusan plastik megi itu sendiri.
- mee megi itu harus dipatahkan empat bahagian / ketul kemudian masukkan ke dalam air yang sedang dididihkan.
- kemudian terus masukkan serbuk perencah, dan kacau terus. Biarkan dalam seminit sehingga air mula menggelegak dan terus masukkan sebiji telur.
- kemuncak penyudahan memasak megi ini ialah apabila air telah mendidih, segera tutup api dan sedia dihidangkan (jumlah masa penyediaan ialah 2minit). Kita taknak masak megi tu dengan air mendidih...kelak mee akan kembang semangkuk.

Sekian.

Ya, ini hanyalah resepi untuk megi...megi kari..serious sikit bunyinya.
Sumber dari Facebook Wan Luqman
Mee maggi senang dimasak sedap dimakan, hanya perlu butuh waktu 2 menit semangkuk mee maggi kari dapat dihasilkan, apalagi jom orang bujang semua makan.. psst orang yang dah kahwin bukan tak boleh makan sama, resepi orang bujang untuk semua, universal haha. terima kasih, jom masak maggi kari cara bujang style yang paling ringkas, nak sedap lagi boleh campur macam macam bahan seperti udang, sotong, ketam, sayuran dan lain lain.

Tag : Masak Mee
Share This

Previous Post
First
Unknown

Written by

Related Posts

21 ulasan:

  1. heheheh menu istimewa bila malas nak masak :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu duduk asrama,ni menu senang ..Maggi Kari, tak pun asam laksa.

      Padam
  2. Jangan kata orang bujang orang kelamin pun hentam maggie juga bila malas masak. Apapun betul sukatan air mestilah ngam2 untuk elak terlebih masin atau tawar.

    BalasPadam
  3. Hahahahaha..taktau kenapa tapi rasa nak ketawa :D

    BalasPadam
  4. salam singgah sini... sodapnya menu paling malas hii memang terkam maggi,, taapi kalau letakk sayyor hijau lagi cantik warna warni gituu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam macam cara nak masak maggi kari ni,campur ketam dengan udang lipan hohoho

      Padam
  5. Megi ni makanan penyelamat. Penyelamat bila hujung bulan & bila takde selera nak makan nasi

    BalasPadam
  6. Cara lebih menyihatkan untuk menikmati meggi mee ialah dengan merebus dulu meenya (tanpa perencah), kemudian singkirkan air rebusan tu dan bilas sekali lalu dengan air paip atau air masak. Lepas tu, baru masukkan mee ke dalam kuah berperencah yang telah dimasak secara berasingan. Try la, cara ni akan buatkan mee tu jadi lebih kenyal dan bebas wax :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bagi petua dan tips lebih sihat.. Akan dicuba selepas ini, tak pernah lagi masak maggi cara macam tu, thank

      Padam
  7. saya tergelak pulak baca artikel ini..

    memang seronok masak terutama masak air,telur rebus dan sebagainya..

    bahan-bahannya juga juga mudah bro ..

    hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi😂... Bro nak belajar masak ni, akan datang masakan mee maggi lebih warna dan bahan.

      Padam
  8. megi simple mcm ni la yg paling sedap rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak sedap letak cendawan chitake, udang, sotong 😁

      Padam
  9. MASAK MAGGI JE ALAS PERUT YG KELAPARAN SGT TU

    BalasPadam
  10. Nak masak maggi kari tapi dia punya langkah-langkah penyediannya macam nak masak asam pedas! hahahahahah

    BalasPadam
  11. Hahaha..cara penyediaannya ni memang terbaiklah. Tapi cara camni paling femes masa belajar dulu

    BalasPadam

Terima Kasih Yang Memberi Komen, Bro Ahmad Akan Cuba Follow Up, Komen Yang Berbentuk Hinaan Dan Kutukan Akan Di Padam.