Salam semua,
Musim durian ni, puas Bro makan buah ni sampai kepanasan bila waktu malam menjelma tak boleh tidur rasa dia.. Sedap punya pasal Bro balun makan durian dah tak kira berapa bijik ntah.. malam pasang kipas gear lima macam dah tak rasa je, dah tu berkeringat berpeluh dah ni, beli air cap badak nak sejukkan badan dah berapa botol entah.. Ni rasa nak demam pulak dah.. Blog dah tak update, durian hari hari makan update, dah macam macam jenis durian yang Bro bedal, yang masak dan yang mengkal sampai yang lembik sedang buat tempoyak pon Bro bantai.. Bila fikir balik macam terlebih pula Bro makan buah durian ni. Bila nak stop ada pula peniaga lelong durian sampai bawa 3 tan. Woi tolong la berhenti dugaan durian tahun ni.
Durian ni isinya Power Wooo >
Musim durian puas makan tahun ni
Kenapa Bro ketegori gila buah durian, tak tau la.. Sejak kecik arwah ayah kalau beli buah durian berbakol bakul.. Tak Main la beli buah durian sebiji dua.. Tu dulu masa kecik buah durian murah.. Bukan larat nak makan durian sampai berbakul bakul ni, lebih banyak buat tempoyak, simpan tempoyak sampai berbalang balang.. Siapa hantu makan tempoyak geng la dengan Bro, tempoyak ratah gitu je makan ngan nasi, kalau tempoyak baru masih sedap lagi, kurang masam.. Kalau yang dah lama tu boleh masak buat gulai tempoyak pula.. Dah melalut cerita tempoyak dah.. Ni cerita durian kat atas ni jumpa bawah pokok durian.. Rumah makcik Bro ada pokok durian banyak.. Yang ni Bro dapat, makan berdua dengan adik habis sebiji, hebat tak Bro...
Bro dah demam.. Serik.. Berhenti jap makan durian.. Dah nak baik nanti kita sambung makan Durian yea... Hmm
Tag : Makan
Boleh la tu nanti masak resepi sambal tempoyak ikan bilis plak,, hiii
BalasPadamSambal tempoyak bilis sedap tu
Padamtakpe musim durian kali ini menjadi dan murah harganya.
BalasPadamMakanlah sepuas2nye.
Bro dah puas makan durian.. Musim tahun ni banyak buah durian
PadamSaya pun suka makan buah durian hahaha
BalasPadamSama la
Padamwuishhh jangan la makan banyak banyak. Durian tu panas. Berhenti la dulu. Dah kebah demam tu makan la balik tapi janganlah banyak sangat.
BalasPadamSaya makan durian tapi takdelah suka sangat. makan makan gitu je.
Terima kasih atas nasihat.. cuma tak tahan godaan buah durian je
Padamhaiiii. saya pun suka makan durian tapi rasanya belum tahap macam bro ni hehehe. by he way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe #16
BalasPadamSama sama, Ok Follow
Padamterbaek.. sedap ni :)
BalasPadamKalau buah durian mesti sedap
PadamHentam je bro since tgh musim, sakit blkg kira. Hahaha aku pernah ponteng mkn ubat sb nak balun durian, doc marah, aku kata durian bmusim doc, ubat tu bebila ada..😁😁
BalasPadamTerima kasih, tapi itulah tak tahan godaan hahaha
PadamTAHUN NI MEWAH DURIAN..MAKAN SAJALAH SELAGI MAHU ASALKN TIADA ALAHANNYA
BalasPadamAlhamdulillah rezeki buah tahun ni banyak hahaha
Padamsamalah dengan sha, makan banyak sangat sampai rasa panas
BalasPadamfollow sini, www.shfyqhazhr.com
Terima kasih komen
PadamMasa kecil ayah saya beli durian berguni, skrg nak beli yang setompok pun mahal..untung zaman dulu
BalasPadamUntung orang dulu beli buah durian murah kan
Padamuntungnya bro dah makan durian...
BalasPadamlast saya makan durian bulan januari dulu..
itupun seulas dua sahaja..
saya kurang minat dengan durian disebabkan aroma menusuk kalbu
betul tu, memang puas hati musimdurian tahun ni.murah2 plak tu kan;) done follow #19
BalasPadamDah lama zumal tak makan durian, dulu masa ada arwah tok wan memang puas la makan macam arwah ayah bro juga suka beli banyak2...
BalasPadamhttp://ejulz.blogspot.com/2018/08/mood-blogwalking-negeri-asal-bro-ahmad.html
BalasPadamsama lah kita, kategori gile durian hehe. eh ada lagi x musim dia ni. mengidam lagi nih hehe
BalasPadamUntunglah masih ada pokok durian tu. Kita nak makan terpaksa beli je
BalasPadam